Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Hai Hai Perlis :)
03 JUNE 2011
Pinky World
Diary ~~ Mustache ~~ Linkies ~~ Shout




K.E.B.E.R.K.A.T.A.N.
June 22, 2014 | 0 comments
Assalamualaikum.. 

Tamat sudah interview UM dan UPSI. Dan aku pun dah tamat bekerja. Dan menganggur. Dan tidak buat apa. Dan bosan. Okay DONE !

dah dekat 2 bulan kat rumah and entah macam dah habis aktiviti je nak buat kat rumah, Mungkin Pavlova Handmade masih dalam proses laa.


Result sem 2 dah dapat. hadiah belum semua dapat lagi. haha. melampau. menanti saat manis angah bawak balik benda baru untuk bagi kat aku nanti. okay sabar. haha. Umi baru je lepas bagi hadiah mungkin kekal lama dia tu. Aku taktau macam mana nak jaga taknak bagi hilang. so meanwhile aku buat hiasan dalam laci je dulu. kalau pakai pun buat timbul scandal je. bahaya.


Dan cerita petang tadi dekat UPSI.aku bajet interview UPSI ni takde la gemuruh bagai sebab ramai kat blog kata banyak nye dia tanya B.Melayu je. Okay la kan, boleh la tibai kalau taktau pun. First candidate untuk bilik aku pun tadi kata dia tnya satu soalan je English. Dan adrenalin aku pun memang tak merembes keluar sebab dengar macam tu. BUT ! INDAH KHABAR DARI RUPA. PERGHHH. peribahasa aku guna.

turn aku SATU soalan je B.MELAYU ! ade dia nampak muka aku ni ala Megan Fox ? Okay double sabar. Dan entah kenapa aku kena tanya soalan matawang asing yang sah sah aku taktau langsung. UNEXPECTED LANGSUNG ! Dia tanya 1Dolar Sing bersamaan berapa RM ? Dan dalam otak aku, 1 Dolar Sikh. Dan time tu jugak aku terpikir orang Sikh pun pakai Dolar. Dahsyat. Kerikk Kerikk  (=,=)



T.A.M.A.T

Act, aku nak cerita pasal KEBERKATAN. dari mak ayah of course. Bila duduk rumah ni baru terpikir macam ehh sekejap nye kat matrik dulu.. macam boleh reverse ingat sesatu waktu zaman tunggu result upu, result matrik. Ehh kann. Dulu macam tak pernah terpikir nak masuk Matrik ni. Sebab orang kata susah. Dah la setahun. So Matrik ni aku ambil kisah tak kisah je. ade borang aku isi. haha. Cenggitu la. Dapat pulak Matrik Perlis. Hekkk. Check 2 3 kali pastu abaikan. memang jauh aku nak pergi. kalau dapat Matrik Gopeng ye jugak aku terkinja nak masuk. Sebab dekat sangat dah. ABANDONED ! 

Check upu pulak dapat UITM Machang Kelantan. (==')  lagi la ABANDONED ! Dan bila jadi orang macam aku result SPM cecukup makan ni, nak demand lelebih pun tak boleh. So redha. Bila kita dah doa and dapat yang tu Alhamdulillah Allah mudahkan macam tu je. Dari packing barang, sampai Perlis, habis orientasi, habis Sem 1 and sampai la tamat MATRIKULASI. Waktu first masuk pun hati tu tak berat langsung nak berangkat. Alhamdulillah. 

Dari mana pulak keberkatan ni ? haha. Sebab insiden terkantoi dengan Umi dalam menjalinkan bibit percintaan dengan lelaki ajnabi. ayat tak berapa nak blaa. haha. waktu tu terpikir bukan aku dah 18. SPM dah habis so kenapa tak boleh ? kenapa ? [contoh genY]  Memberontak juga la aku kan, tak bertegur sapa sekejap. Bukan sebab cinta mati kat lelaki tu tapi sebab zon privasi tu terasa diceroboh. haha. mengada je lebih. dah lepas bulan ke depan, hati tu sendiri jadi kental. menggatal tu memang ada tapi rasa nak bercinta tu jauh panggang dari api la. Umi pesan 'Belajar dulu sebab Matrik ni setahun je'. Aku pun bukan jenis ikut kata sangat tapi mungkin sebab Umi dah jampi aku bagi ikut cakap dia. jadi aku ikut. haha. konon taat sangat. Hahaha.


Keberkatan tu datang mungkin la dari situ. who knows kan ? ada benda yang bila mak ayah kita suruh buat tu better kita ikut. sebab kekadang banyak unexpected things akan datang lepas tu. Macam result good good je. life okay je. money cukup je. jauh dari benda benda melalaikan je. banyak ! sangat ! Thats why bila orang tanya result elok ape buat ? aku jawab . REZEKI. mungkin bukan rezeki aku tapi parents. sebab kalau jawab " oh aku belaja 20 jam sehari, dalam kelas fokus, tidur terlelap tak pernah,ulangkaji selalu. "

Aisehhh. Penipu besau la jawabnya. Dan sampai sekarang aku sendiri musykil result macam ni ? Apa aku dah buat actually nya ? Dan conclusion nya aku rasa ini REZEKI dari KEBERKATAN tadi. 


And percaya ke tak, memang keberkatan Allah tu datang dari keberkatan Mak Ayah jugak.





Older Post | Newer Post