Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Hai Hai Perlis :)
03 JUNE 2011
Pinky World
Diary ~~ Mustache ~~ Linkies ~~ Shout




Untungnya kita umat Nabi Muhammad.
March 16, 2013 | 0 comments
Ilham : Majalah Solusi
HitamPutih.
Skrip & Ilustrasi : ATHOOL

# Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad.
Kalau dulu pada zaman Nabi Lut A.S. kaumnya yang mengamalkan seks luar tabii (homoseksual), Allah azab terus lenyap dari muka bumi.
Zaman kita,walaupun homoseksual ni dah semacam trend,masih Allah bagi peluang bertaubat,

# Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad.
Kalau dulu atas kesilapan Nabi Adam dan Hawa memakan buah terlarang,mereka terus teraib dan disingkir dari syurga.
Sekarang,kerana kita umat baginda,Allah tidak mengaibkan terus pada mereka yang membuat perkara yang ditegah dan dilarang.Allah masih beri peluang untuk kita bertaubat.

# Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad.
Kalau dulu umat Nabi Nuh majoritinya tidak mahu beriman kepada Allah.Lalu Allah tenggelamkan mereka dengan banjir besar.
Tapi kita,umat Rasulullah Allah beri peluang untuk kita insaf dan perbaiki diri.

# Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad.
Kita,umat yang paling senang meraih ganjaran pahala.Satu kebaikan dilakukan Allah beri ganjaran pahala 10 kali ganda.Oleh itu,jangan lepaskan peluang untuk meraih kebaikan,amalan soleh,beribadah cara Nabi S.A.W. dan ikut -perintah Allah secara TOTAL !

In Shaa Allah.

p/s : Semalam aku mimpi, aku dah on the way amek result naik bas. Wahaa. Aku cuak. Doakan aku.

Older Post | Newer Post