Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Hai Hai Perlis :)
03 JUNE 2011
Pinky World
Diary ~~ Mustache ~~ Linkies ~~ Shout




21 Haribulan 3 Tahun 2013
March 30, 2013 | 0 comments
Assalamualaikum :P

# Hari ni hari Jumaat. Seronok je rase.

21/3/13 >> HARI LAHIR RESULT SPM !

Semua orang tahu dah kan. Orang lain dah berkurun zaman update blog pasal result.
Aku baru nak dapat pegang papan kekunci menaip post ni. BERON !
Well Manager AEON *bak kata abuya.
 Ayat perli Abuya bila aku kata 'ina mana boleh cuti'.
Then dia pun akan cakap 'tahu.kamu kan manager beso kat Aeon tu.kalau kamu cuti habislah Aeon tu.tahu dah.'

Pedas betul ayat dia.Haiyaa.

Cerita nye sekarang ni. >> HARI AMBIL RESULT.
Punya la CUAK kalah F1 *takde kaitan
Abuya tak habis2 sembang pasal result.Aku dalam kereta diam je.Macam2 zikir dah aku baca dalam hati.
Pening aku.Bajet nak tidur dalam kereta.Tapi nak kenyit mata pun aku dah tak mampu. Haiyaa.
CUAK WOO !

Then sampai sekolah,RINDU NAK MATI !
Then jumpa la Dina Yaya Piyah and ...... Mira Diana Alia Ain ...... infinity !
Then ramai2 la kita org pegi dewan terbuka. Nampak cikgu kelas masing2 dah tercongok menunggu.
Kelas 5 Razi *kelas aku. First2,Mama Wanis panggil. Aku Diana Mira Yun je pun yang ade time tu.
Bila cikgu dah pggil, masing2 buat dun know. Aku tengok kau,kau tgok aku.

Forward kan cerita..*aku nak pegi keje ni
Mira amik result dulu.Then Diana Then aku.*Ummi paksa aku amek result -_-

Aku tak pernah amik result sendiri.Jujur ni.Haha
Waktu UPSR, kawan aku dah bagi tau awal2 result aku.
Waktu PMR,Ummi dgn Angah yg pegi jmpe Cikgu Vijayamalar amik result aku.
Waktu SPM,tetiba aku kena amek result sendiri. Bapak tak CUAK !

Aku pegang kertas result,aku check betul ke nama aku.Terus aku kira A yg ade.
E.N.A.M.
.........
Tetiba hati sebak gila nak mampus. Haihh.
Aku TAHAN. TAHAN. TAHAN.
Sampai la, Cikgu Zarina tanya result aku. Wahaaa :'(
Memang aku terus peluk dia menangis laju2. TAK TAHAN DAH !
Then aku pergi dekat Mira *kesat2 air mata sambil menangis ????
Mira kate "Asal hang nanges ? Aku dapat tett pun relaks je "

Secara SERIOUS nye, aku sedih sebab tak cecah target aku yg membukit tinggi.
Aku target 8 dapat 6. Sape tak sedih kan ? kan ? Dah la B pun sipi sipi je. Sakit hati !
Lama jugak aku macam tak boleh nak redha result aku macam tu.Nampak je orang lain punya result tinggi sikit,air mata ni pun ade je nak keluar.Haishh. Parah !

Sampai la.. Pak su aku datang Aeon jumpa aku.

Paksu : Puas hati result ?
Aku cebik je mampu.
Paksu : Patutnya dapat result tu terus cakap Alhamdulillah.ada orang takde A lgsung tau.
Aku    : Entahlah. Ina target tinggi sangat kot. :(

Paksu pun bukak satu cerita ni *aku malas nak cerita.

Paksu  : Sekarang ni orang amik pekerja tak tengok kepandaian sangat,kemahiran kualiti tu lagi penting.Lepas ni buat elok2 waktu universiti.
Then paksu pun say goodbye.

Waktu Paksu cakap pasal Alhamdulillah tu, hati aku serious SENTAP !
Memang aku dah buat sujud syukur tapi aku rasa masa tu hati aku ni tak ikhlas bersyukur.
Teruknya aku.Allah dah bagi yang terbaik untuk aku.
Then,aku kuatkan azam : Waktu Universiti Nanti Aku Nak Belajar ! CGPA Nak Tinggi ! 
Result aku tak seberapa mungkin itu memang dah takdir aku.

Allah Selalu Bagi Apa Yang Sepatutnya. Tak Lebih Tak Kurang.                                           Semua Orang Ada Kelebihan. Insha Allah.


Older Post | Newer Post